Semua Ahli,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Cawangan Kedah
Tuan/Puan/Encik/Cik,
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN EDISI KE-9 TAHUN 2021
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
CAWANGAN KEDAH
Dengan hormatnya, dipanjangkan notis Mesyuarat Agung Dwitahunan Edisi Ke-9 Tahun 2021 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 27 Mac 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pejabat SBM Cawangan Kedah
155, Tingkat Bawah, Jalan Shahab 8,
Kompleks Shahab Perdana,
05150 Alor Setar, Kedah
2. Kepada ahli-ahli SBM Cawangan Kedah yang ingin menyertai mesyuarat ini hendaklah mendaftarkan nama di Pejabat SBM Cawangan Kedah sebelum atau pada 28 Februari 2021. Bayaran penyertaan mesyuarat adalah sebanyak RM 5 bagi ahli aktif dan RM 7 bagi ahli yang tidak aktif serta bukan ahli.
3. Mengikut Perkara 19.7, Perlembagaan SBM, hal-hal yang ingin dimuatkan dalam agenda bagi dibincangkan di mesyuarat berkenaan mestilah sampai kepada Setiausaha atau pembantu tadbir cawangan sebelum atau pada 28 Februari 2021.
4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan/encik/cik adalah dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
“BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN”